Anda sedang mencari penapis air? Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Coway Villaem 2, baca artikel ini sampai habis.

Pada tahun 2014, syarikat penapis air dari Korea Selatan, Coway telah mengeluarkan penapis air Villaem. Ia telah mendapat sambutan yang sangat hebat dari rakyat Malaysia. Kini, evolusi dari yang terbaik maka lahir lah Coway Villaem 2.

 

Penapis Coway Villaem 2

 

Coway Villaem 2 kekal mewarisi kelebihan penapis air Villaem. Malahan, ciri-ciri Villaem 2 dipertingkatkan dan lebih mesra pengguna. Dengan rekaan yang lebih canggih, kemas dan minimalis, anda boleh menikmati air minuman yang bersih dengan gaya hidup moden.

Penapis air ini sangat sesuai untuk kegunaan anda seisi keluarga. Dengan pelbagai ciri yang menarik dan canggih, pastinya memudahkan kehidupan seharian. Selain itu, ia juga boleh diletakkan di mana sahaja seperti di pejabat dan di sekolah. Kini, semua orang boleh menikmati air minum yang bersih dengan mudah.

Coway Villaem 2 merupakan salah satu model penapis air table top. Jadi, anda boleh letakkan ia di atas kaunter dapur anda. Mudah bukan?

 

 

 

Untuk mengenali penapis air ini dengan lebih mendalam, mari ketahui ciri-ciri istimewa Coway Villaem 2 ini.

 

CIRI-CIRE COWAY VILLAEM 2

 

Meskipun penapis air ini merupakan generasi baru dari Villaem pertama, terdapat beberapa ciri yang telah diperbaharui. Terdapat juga ciri lama yang dikekalkan pada Villaem 2.

Terdapat 9 ciri utama Coway Villaem 2 yang anda perlu tahu:

 

1. Rekaan Mesra Pengguna

 

Rekaan Coway Villaem 2

Ciri-ciri Coway Villaem 2

 

Dengan rekaan yang mesra pengguna, Villaem 2 sesuai digunakan oleh semua orang tanpa mengira faktor usia. Ia sesuai buat anda yang berkeluarga mahupun yang tinggal bersendirian. Penapis air ini merupakan penyelesaian terbaik bagi menyediakan air minuman bersih untuk anda.

Selain itu, ia juga mempunyai rekaan yang minimalis dan canggih. Sangat sesuai untuk diletakkan di pejabat korporat mahupun kedai-kedai untuk kegunaan pekerja.

 

2. Empat Suhu Air

 

4 Suhu Air Coway Villaem 2

4 Suhu Air Coway Villaem 2

 

Sama seperti Villaem, penapis air Villaem 2 masih mengekalkan empat suhu air iaitu panas, sejuk, suam dan suhu bilik. Ia bertujuan untuk menyesuaikan suhu air dengan keperluan setiap pengguna. Dengan adanya ciri ini, anda boleh mengambil air mengikut suhu yang diingini.

Yang menariknya adalah air bersuhu suam. Kini, anda tidak perlu lagi mencampur air panas dengan air sejuk bagi mendapatkan air suam. Fungsi ini amat sesuai untuk para ibu bapa yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak. Dengan Villaem 2, proses membuat susu anak menjadi lebih cepat dan mudah.

 

3. Lampu Suasana

 

Lampu Suasana

 

Penapis air ini merupakan model penapis air pertama yang dilengkapi dengan lampu suasana. Apabila pencahayaan tidak mencukupi pada waktu malam, lampu suasana akan menyala secara automatik. Ia menerangi penapis air dan memudahkan anda untuk mengambil air pada waktu malam.

Lampu suasana ini merupakan lampu LED berwarna putih. Terdapat sensor lampu yang mengesan cahaya di persekitaran. Apabila keadaan kurang bercahaya atau gelap, lampu LED ini akan menyala secara automatik. Dengan adanya lampu ini, anda tidak perlu membuka lampu pada waktu malam dan dapat mengambil air dengan mudah.

 

4. Penunjuk Suhu

 

Penunjuk Suhu

 

Di hadapan penapis air, terdapat penunjuk suhu. Ia bagi membolehkan pengguna mengetahui suhu semasa dan suhu tertinggi dalam tangki air.

Untuk pengetahuan anda, ciri penunjuk suhu air merupakan salah satu ciri utama bagi setiap penapis air Coway. Namun begitu, rekaan penunjuk suhu Villaem 2 lebih elegan dan minimalis.

 

5. Tombol Pelarasan Suhu Air

 

Tombol Boleh Laras

 

Ciri ini juga merupakan warisan dari Coway Villaem. Tombol pelarasan suhu air telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pengguna penapis air model ini. Dengan tombol pelarasan ini, anda boleh mengubah suhu air mengikut keperluan dan kesesuaian. Anda boleh mengubah suhu air antara panas-suam dan sejuk-suhu bilik.

Dengan Villaem 2, tombol pelarasan suhu air telah ditambah baik agar lebih lembut, mudah dipegang serta mesra pengguna. Kini anda boleh mendapatkan suhu air yang sempurna dengan mudah.

 

6. Kepala Saluran Air Boleh Tanggal

 

Kepala Air Boleh Tanggal

 

Ciri ini merupakan ciri terbaru yang ada pada Coway Villaem 2. Kepala saluran air boleh tanggal direka khas untuk menjaga kebersihan penapis air dan juga air minum. Kepala saluran air yang sentiasa basah, memudahkan pembiakan bakteria dan kuman. Jika ia tidak boleh ditanggalkan, pasti susah untuk dicuci dan boleh menyebabkan air minum dicemari kotoran.

Dengan adanya ciri ini, kerja-kerja pembersihan saluran air menjadi lebih mudah dan cepat. Anda tidak perlu lagi risau akan kebersihan penapis air ini.

 

7. Pengesan Paras Air Rendah

 

Pengesan Paras Air Coway Villaem 2

 

Pengesan ini berfungsi sebagai penunjuk amaran kepada pengguna mengenai paras air dalam tangki. Pengesan paras air rendah akan hidup secara automatik apabila paras air dalam tangki menjadi rendah. Ia bertindak untuk memaklumkan pada pengguna bahawa air tidak lagi dapat dikeluarkan.

Untuk makluman, pengesan paras air rendah merupakan ciri utama bagi setiap penapis air Coway. Pengesan ini direka untuk keselamatan penapis air agar tidak terbakar apabila pemanas air terus memanas tanpa air.

 

8. Sistem Penjimatan Kuasa

 

Sistem Penjimatan Kuasa

 

Bagi anda yang bimbang akan penggunaan elektrik makin meninggi jika memasang penapis air di rumah, ini adalah berita baik untuk anda. Penapis air Villaem 2 dilengkapi dengan sistem penjimatan kuasa. Ia bertindak mengurangkan penggunaan motor dan pemanas air pada waktu malam secara automatik, sehingga 30% kurang dari waktu siang.

Selain itu, penggunaan watt yang maksimum hanya digunakan ketika air dipanaskan. Penggunaan elektrik akan berkurangan apabila suhu air mencapai suhu panas yang stabil.

 

9. Kunci Keselamatan Kanak-kanak

 

 

Ciri ini sangat penting bagi anda yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Tujuan kunci keselamatan kanak-kanak di penapis air Villaem 2 adalah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Ia bagi memastikan kanak-kanak selamat dari melecur dan luka terbakar kesan air panas yang tidak disengajakan.

Dengan adanya ciri ini, kejadian kanak-kanak melecur kerana terkena air panas dapat dielakkan.

 

Teknologi Tapisan Air Coway Ombak

Di sebalik Coway Ombak, terdapat 4 jenis penapis. Teknologi tapisan ini berfungsi bagi memastikan air minuman anda bersih dan bebas dari bakteria.

 

 

Untuk pengetahuan anda, kesemua penapis ini telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu, penapis air ini juga telah diiktiraf dan diluluskan oleh agensi terlibat seperti Water Quality Association (WQA) dan NSF Malaysia.

 

Terdapat 4 jenis penapis di dalam Ombak. Setiap penapis mempunyai tugas tertentu, iaitu:

 

1. Penapis Neo-Sense

Mengeluarkan kotoran, benda asing dan klorin dari air.

 

2. Penapis RO

Mengeluarkan bahan cemar dari air, seperti logam, bahan kimia yang merbahaya serta bahan radioaktif.

 

3. Penapis Inno-Sense

Mengurangkan bau dan membaikpulih rasa air.

 

4. Penapis Anti Bakteri

Mencegah pembiakan bakteria merbahaya di dalam tangki penapis air.

 

Apa tunggu lagi, segera dapatkan penapis air Coway Villaem 2. Penapis air ini menjanjikan air minum yang bersih dan suci buat anda serta keluarga. Tidak perlu ragu lagi akan kebersihan air minuman anda dengan penapis air Villaem 2 dari Coway.

 

Ingin membeli Penapis Air Coway Villaem 2? Hubungi saya segera dengan menekan butang link Whatsapp di bawah sebelah kanan anda. Atau anda boleh menghubungi saya terus di +60124029365 (Suffian Pakar Coway).

 

Saya merupakan Agent Coway Sepenuh Masa, siap sedia berkhidmat untuk anda. Hubungi saya untuk khidmat nasihat, pertanyaan tentang produk atau promosi semasa. 

 

 

Nak tahu pasal Coway Ombak? Klik Link ini: COWAY OMBAK

Baca Artikel Tentang Penapis Air Coway: MENGAPA COWAY PILIHAN NO 1 MALAYSIA