Nak tahu kelebihan penapis air Coway Ombak? Teruskan membaca.

Air merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia. Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Jika tidak, proses penghidratan boleh berlaku dan mengganggu kesihatan tubuh badan. Bagi memastikan anda mendapat kebaikan dan nutrisi dari air minuman bersih, Coway telah memperkenalkan model penapis air terbaru iaitu Coway Ombak.

 

Coway Ombak

 

Penapis air model Ombak ini sangat sesuai bagi seisi keluarga. Ini kerana ia direka menggunakan teknologi terbaru bagi memenuhi keperluan keluarga moden. Dari membancuh kopi di waktu pagi sehingga memanaskan susu anak, penapis air ini pasti melengkapkan lagi kehidupan anda bersama keluarga.

Walaupun syarikat Coway berasal dari Korea Selatan, penapis air Ombak ini direka khas buat pengguna di Malaysia. Ia dihasilkan selepas sebuah kajian dilakukan selama 6 bulan. Kajian itu dijalankan bagi mendalami dan mengenalpasti keperluan penggunaan air di negara kita.

Coway Ombak merupakan salah satu model penapis air table top. Jadi, anda boleh letakkan ia di atas kaunter dapur anda. Mudah bukan?

 

 

Untuk mengenali Coway Ombak dengan lebih mendalam, mari ketahui kelebihan penapis air ini.

 

KELEBIHAN COWAY OMBAK

 

Coway telah mengeluarkan pelbagai model penapis air mengikut keperluan anda. Namun, penapis air ini kekal istimewa dan lain dari yang lain.

Terdapat 11 kelebihan Coway Ombak yang anda perlu tahu:

 

1. 50 Kombinasi Ketetapan Suhu dan Kapasiti Air

Penapis air ini merupakan satu-satunya penapis air yang dilengkapi sehingga 50 tetapan suhu dan kapasiti air. Ia berfungsi bagi memudahkan kegunaan seharian anda. Dengan Coway Ombak, anda boleh mendapatkan suhu yang betul bagi pelbagai kegunaan air.

 

50 Kombinasi Ketetapan Suhu dan Kapasiti Air

 

Dengan ciri ini, pastinya memudahkan gaya hidup anda yang sibuk. Sebagai contoh, anda boleh memanaskan susu bayi dengan pantas menggunakan suhu yang tepat. Selain itu, anda juga boleh dapatkan telur rebus yang sempurna mahupun minuman panas dengan suhu yang bersesuaian.

 

2. Sistem UV Sterilization

Bagi memastikan air minum kekal bersih dan suci dari kotoran, penapis air ini dilengkapi dengan sistem UV sterilization. Pancaran sinaran cahaya ultra ungu ini bertujuan untuk membunuh organisma mikro asing dan bakteria merbahaya pada muncung saluran air.

 

Sistem UV Sterilization Coway Ombak

 

Sistem ini akan kekal aktif sehingga 15 minit selepas anda mengambil air. Ia bagi memastikan air yang anda minum kekal bersih sepanjang masa.

 

3. Air Bersih Mengandungi Mineral

 

Air Mineral

 

Jika anda lebih suka air mineral berbanding air minum, anda boleh tambah penapis mineral ke dalam penapis air Ombak. Selain dari menikmati air minum yang bersih, anda juga boleh mendapatkan mineral tambahan dari air minuman. Semestinya air yang mengandungi mineral akan memberi kesan yang baik pada kesihatan anda.

Bukan sahaja menjamin kebersihan air minuman, malah meningkatkan tahap kesihatan anda dan keluarga.

 

4. Sukatan Berbeza

 

Sukatan Air Penapis Air Coway Ombak

 

Hanya dengan satu sentuhan, anda boleh dapatkan air minuman mengikut sukatan yang anda inginkan. Secara tidak langsung, anda boleh memastikan agar anda minum air yang secukupnya setiap hari. Bagi anda yang sedang diet, pasti ciri penapis air ini boleh membantu anda mengawal selia pengambilan air setiap hari.

Selain itu, anda juga boleh mengisi botol air mengikut sukatan yang tepat. Kini, tiada lagi masalah air tertumpah atau melimpah kerana terlebih sukatan.

 

5. Kapasiti Tangki Terbesar

 

Kapasiti Tangki Terbesar Penapis Air Coway

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coway, Encik Harri Lee Hae Sun, Ombak merupakan penapis air yang mempunyai tangki air terbesar. Dengan kapasiti tangki sebanyak 13.5 liter, air minum sentiasa tersedia buat anda.

Kini, anda boleh dapatkan air minum mengikut suhu yang anda inginkan tanpa menunggu lama.

 

6. Ketetapan Mengikut Kesesuaian

 

Ketetapan Mengikut Kesesuaian

 

Bagi memudahkan pengguna, Ombak dilengkapi dengan sistem ketetapan air mengikut kesesuaian. Jadi, anda boleh tetapkan sendiri kapasiti dan suhu air mengikut keperluan anda. Ia merupakan penyelesaian terbaik bagi penggunaan air yang berbeza seperti air suam.

Selain itu, ruang pengambilan air direka dengan keluasan dan ketinggian yang lebih dari biasa. Ini kerana rakyat Malaysia gemar membawa botol air bersama. Oleh itu, ruang yang luas memudahkan proses mengisi air ke dalam botol.

 

7. Saluran Air Tambahan

 

Saluran Air Tambahan Penapis Air Coway Ombak

 

Penapis air Ombak mempunyai saluran air tambahan untuk air bersuhu panas serta suhu normal. Ia berfungsi untuk membekalkan air secara manual tanpa elektrik. Jika rumah anda mengalami gangguan bekalan elektrik atau blackout, usah risau. Anda masih lagi boleh menikmati air minum yang bersih seperti biasa.

Kelebihan ini sangat membantu jika anda mempunyai anak kecil di rumah. Apa jua keadaan, anda boleh menyediakan susu buat si kecil.

 

8. Saluran Air Pelbagai Fungsi

 

Saluran Air Pelbagai Fungsi Coway Ombak

 

Selain dari air minum, air yang digunakan untuk memasak juga perlu dipastikan kebersihannya. Buat suri rumah mahupun ibu bekerjaya, ini berita baik untuk anda.

Jika anda inginkan air bersih untuk keperluan memasak, anda boleh dapatkan saluran air pelbagai fungsi sebagai tambahan kepada Ombak. Saluran air ini boleh dipasang di singki dapur. Kini, anda tidak perlu lagi berulang alik ke penapis air untuk dapatkan air bersih.

 

9. Mod Senyap

 

Mod Senyap Penapis Air Coway Ombak

 

Kadangkala, penapis air boleh menghasilkan bunyi yang kuat dan bising. Dengan Ombak, anda tidak akan lagi terganggu dengan bunyi dari penapis air. Ombak dilengkapi dengan Silent Mode atau mod senyap untuk keselesaan anda.

Anda hanya perlu on mod senyap pada bila-bila masa, mengikut keperluan dan keselesaan anda.

 

10. Sistem Penjimatan Kuasa

 

Sistem Penjimatan Kuasa Penapis Air Coway Ombak

 

Coway Ombak juga dilengkapi dengan ciri-ciri jimat elektrik yang sangat bijak. Dengan Power Save Mode dan Night Mode, anda boleh menjimatkan elektrik pada waktu malam. Penggunaan motor dan pemanas air akan berkurangan secara automatik pada waktu malam.

 

11. Sistem Kunci Keselamatan Kanak-Kanak

 

Sistem Kunci Keselamatan Kanak-Kanak

 

Dengan sistem kunci keselamatan kanak-kanak, anda tidak perlu risau lagi jika ada anak kecil yang suka bermain dengan penapis air di dapur. Sistem ini memastikan saluran air panas dikunci agar selamat untuk kanak-kanak. Oleh itu, kejadian melecur disebabkan oleh air panas boleh dielakkan.

 

Teknologi Tapisan Air Coway Ombak

Di sebalik Coway Ombak, terdapat 4 jenis penapis. Teknologi tapisan ini berfungsi bagi memastikan air minuman anda bersih dan bebas dari bakteria.

 

Teknologi Tapisan Air Coway Ombak

 

Untuk pengetahuan anda, kesemua penapis ini telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu, penapis air ini juga telah diiktiraf dan diluluskan oleh agensi terlibat seperti Water Quality Association (WQA) dan NSF Malaysia.

 

Terdapat 4 jenis penapis di dalam Ombak. Setiap penapis mempunyai tugas tertentu, iaitu:

 

1. Penapis Neo-Sense

Mengeluarkan kotoran, benda asing dan klorin dari air.

 

2. Penapis RO

Mengeluarkan bahan cemar dari air, seperti logam, bahan kimia yang merbahaya serta bahan radioaktif.

 

3. Penapis Inno-Sense

Mengurangkan bau dan membaikpulih rasa air.

 

4. Penapis Anti Bakteri

Mencegah pembiakan bakteria merbahaya di dalam tangki penapis air.

 

Kini, tiada alasan lagi untuk tidak mendapatkan penapis air. Coway Ombak merupakan penyelesaian terbaik buat anda dan keluarga. Pastikan keluarga anda mengambil air minuman yang bersih, suci dan berkhasiat dengan penapis air Ombak dari Coway.

 

Ingin membeli Penapis Air Coway Ombak? Hubungi saya segera dengan menekan butang link Whatsapp di bawah sebelah kanan anda. Atau anda boleh menghubungi saya terus di +60124029365 (Suffian Pakar Coway).

 

Saya merupakan Agent Coway Sepenuh Masa, siap sedia berkhidmat untuk anda. Hubungi saya untuk khidmat nasihat, pertanyaan tentang produk atau promosi semasa. 

 

 

Nak tahu tentang Coway Villaem 2? Klik Link ini: COWAY VILLAEM 2

Baca Artikel Tentang Air Alkali: KHASIAT AIR ALKALI