Mari Bina Kerjaya Jualan Coway Anda Bersama Kami

kami sedang mencari ejen coway secara full time dan part time.  Peluang jana pendapatan sehingga 5 angka.

Adakah Anda Sedang:

  • Ingin menambah & menjana pendapatan bersama coway?
  • Sedang mencari pekerjaan yang mempunyai kebebasan masa?
  • Ingin menceburi perniagaan yang tidak memerlukan modal?

Hai saya Suffian. Saya adalah Health Manager di Coway (M) Sdn Bhd.

Sebelum saya bercerita tentang komisyen, bonus dan insentif, terlebih dahulu saya akan terangkan sejarah ringkas Coway. Syarikat Coway mula ditubuhkan pada 1989 di Korea Selatan dan mempunyai kira-kira 370 orang saintis dalam bahagian R&D. Syarikat ini telah berkembang sehingga ke lebih dari 60 buah negara seperti Amerika, Eropah, China, Negara-negara Asean dan lain-lain negara.

Di Malaysia pula Coway mula bertapak pada tahun 2006. Kini Coway menjadi peneraju dalam bidang ini di negara kita. Sepanjang tempoh Coway berada di sini, permintaan terhadap produk Coway sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Justeru itu Coway telah berjaya melahirkan ramai jutawan Coway. Semua jutawan Coway tersebut adalah bermula sebagai ejen Coway (Health Planner) atau lebih dikenali sebagai HP.

kelebihan menjadi ejen coway Bersama Kami

  • Masa kerja yang fleksibel (anda sendiri yang mengatur masa kerja anda). Juga sesuai bagi yang telah berkerjaya tetapi ingin mencari pendapatan tambahan.
  • Pendapatan sehingga 5 angka.
  • Latihan dan bimbingan disediakan.
  • Peluang kenaikan pangkat (Manager).
  • Tidak perlu simpan, pos dan hantar produk.
  • Tidak perlu membuat servis selepas jualan (servis produk dibuat oleh Cody)
  • Tidak perlu pasang atau repair produk (pemasangan dan repair dibuat oleh technician)

bidang tugas coway health planner (hp)

Tugas ejen Coway (HP) adalah bertanggungjawab membantu pelanggan dalam memilih produk yang bersesuaian mengikut keperluan pelangaan. HP perlu membuat tempahan mengikut persetujuan sepertimana yang dimahukan oleh pelanggan. Setiap tempahan yang telah siap diproses kemudiannya akan dibuat pemasangan oleh technician Coway (CT), manakala service secara berkala pula akan dibuat oleh Coway Lady (Cody).

KELEBIHAN: KOMISYEN, INSENTIF & BONUS  EJEN COWAY

  • Komisyen & bonus jualan.
  • Elaun dan insentif performance RM800 hingga RM2500
  • Insentif jualan mingguan sehingga RM2000
  • Insentif perkembangan kumpulan RM600
  • Komisyen jualan kumpulan sebanyak 2%.
  • Insentif trip melancung 5 bintang percuma dua kali setahun ke Eropah/Asia.
  • Bonus prestasi bulanan, suku tahunan dan tahunan dari RM500 hingga RM5000

  • EPF dan SOCSO (manager level).
  • Insentif bayaran bulanan pembelian kereta/rumah (manager level)

Secara ringkasnya jumlah pendapatan bulanan sebagai ejen Coway boleh dianggarkan sebanyak kira-kira RM7000++ bagi 10 unit tempahan yang diperolehi dan kemudian akan menerima pula pendapatan pasif sekitar RM200++ setiap bulan selama 11 bulan bagi setiap 10 unit yang anda uruskan tadi. Ini bermakna jumlah keseluruhan pendapatan bagi 10 unit jualan adalah RM9000++. Menarik bukan?

Aktiviti Team

SAYA BERMINAT MENDAFTAR SEBAGAI EJEN COWAY SEGERA!

Bagaimanakah cara mendaftar menjadi ejen Coway?

Anda hanya perlu hubungi saya (012-4029365 Call/WhatsApp). Kemudian saya akan memberikan senarai maklumat-maklumat yang perlu anda diberikan kepada saya.

Adakah akan dikenakan sebarang bayaran?

Ya. Yuran menjadi ejen Coway sebanyak RM120 (hanya sekali sahaja) dan perlu dijelaskan ke account Coway (M) Sdn Bhd. No account saya akan berikan nanti.

Anda tidak perlu khuatir dengan jumlah yuran pendaftaran tersebut kerana dengan hanya  mendapat satu unit jualan sahaja pun anda sudah memperolehi keuntungan atau dengan kata lain anda tidak akan rugi.

Selain dari itu anda juga akan mendapat bag laptop, flyers/katalog, buku planner dan ID Tag.

Latihan dan bimbingan percuma dari team kami serta dari education department juga akan diberikan.

Nak Tahu Bagaimana Saya Membina Kerjaya Dalam Coway?

Saya menyertai Coway pada Disember 2017 sebagai Health Planner (HP) atau dikenali sebagai ejen Coway. Diperingkat 6 bulan pertama saya hanya tumpukan kepada jualan sahaja. Apabila saya sudah mahir dalam jualan produk Coway, kemudianya saya mula mempersiapkan diri menjadi seorang manager. Dari situ saya mula membuat recruitment untuk kembangkan team saya. Pada September 2020 dengan rasminya saya menjadi salah seorang manager Coway. Saya hanya mengambil masa kira-kira 2 tahun sahaja bagi membina team dan seterusnya melayakkan saya menjadi seorang manager di Coway.

Dalam team kami, kami amat menitik beratkan kerja secara berpasukan. Bak kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Saya amat mengalu-alukan ejen-ejen Coway di bawah jagaan saya membina team sehingga berjaya menjadi seorang manager. Saya akan bimbing anda sehingga berjaya. Alhamdulillah dengan adanya team yang kuat serta bimbingan dan kerjasama yang berterusan akhirnya saya telah melahirkan seorang manager di bawah saya pada bulan Mei 2021. Kini saya sedang berusaha untuk melahirkan lebih ramai manager-manager di bawah saya. Saya percaya dan sangat yakin bahawa anda juga mampu lebih cemerlang dalam jualan produk Coway daripada saya. Dan saya juga yakin anda juga mampu sehingga menjadi manager jauh lebih cepat dan hebat dari saya.

Jom sertai saya, kita bina team bersama-sama. Sekian. Salam kejayaan.

 

MOHAMAD SUFFIAN BIN MAT SAAD
HM10673
Coway Health Manager